YTL Communications Masih Telco Tunggal Menawarkan 5G

6 months ago 136

Dikhabarkan bahawa syarikat telekomunikasi utama Malaysia iaitu Maxis, Digi, U Mobile dan Celcom sudah pun mengeluarkan kenyataan menyatakan minat mereka untuk lebih memahami dan meneliti tawaran pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Ini berikutan pengumuman kerajaan bahawa ia akan meneruskan rancangan pelancaran 5G dengan DNB sebagai rangkaian borong tunggal (SWN).

Dalam usaha kerajaan untuk menamatkan rundingan berpanjangan berkenaan 5G antara DNB dan syarikat telekomunikasi, pihak kerajaan telah menawarkan pengurangan pegangan ekuiti daripada 100% kepada 30%. Ini membolehkan telco negara mengambil sebanyak 70% bahagian ekuiti dalam DNB.

Apa yang menarik, DNB menawarkan akses 5G percuma kepada rangkaiannya sehingga 30 Jun ini bagi memudahkan penyertaan buat telco yang masih belum mendaftar dengan mereka.

Oleh itu, pengguna kad SIM Yes FT5G masih boleh menikmati plan tersebut sehingga tarikh yang dinyatakan. Buat masa ini, Yes menawarkan SIM Pack FT5G pada harga RM15: https://shope.ee/9eeq13E0ky

Berikut adalah perkongsian kami berkaitan kelajuan 5G DNB yang diuji menerusi kad SIM Yes tersebut:

Kelajuan 5G DNB Melalui Kad SIM Prabayar YES

Pada masa ini, hanya YTL Communications (Yes) dan Telekom Malaysia (unifi) telah pun menyertai percubaan ke atas rangkaian 5G DNB. Walau bagaimanapun, Yes satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna mereka, manakala telco lain masih bermain tarik tali dan Lat Tali Lat Tali Tam Plom.

Read Entire Article