Vieshantiekhan’ disiasat polis langgar SOP

1 year ago 175

BENTONG: Polis di sini sedang menyiasat pemilik Instagram atas nama ‘Vieshantiekhan’ kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Janda Baik, dekat sini semalam.

Siasatan berkenaan laporan polis dibuat berkaitan status yang telah dimuatnaik di Instagram memaparkan gambar sedang beriadah di Rimba Valley, Janda Baik, siasatan awal kejadian itu berlaku pada 21 September lalu pada pukul 9.55 pagi

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil siasatan awal melibatkan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun mendapati menghantar status yang tular di akaun instagram pemilik ‘Vieshantiekan’ bahawa ‘tidak memerlukan surat di Plaza Tol Gombak kerana dikatakan masih lagi dalam sempadan negeri Selangor.

“Berikutan status berkenaan yang tular di akaun tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini telah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden ini.

“Susulan yang tular berkenaan, pihak polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh individu terbabit yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik,” katanya di sini hari ini.

Selanjutnya, Zaiham menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden itu dan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kes disiasat di bawah perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021, sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikompaun RM5,000,” katanya.

Zaiham menjelaskan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan pelanggaran SOP termasuk penyalahgunaan permit rentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi IPD daerah Bentong menerusi talian 09- 2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

The post Vieshantiekhan’ disiasat polis langgar SOP appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article