[VIDEO] Pandai ‘Menyamar’, Remy Ishak Bantu Pasangan Kekasih Di Tasik Cermin

3 weeks ago 189

Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai selepas membantu sepasang kekasih untuk bergambar ketika melawat Tasik Cermin, Ipoh baru-baru ini.

Bantu Pasangan Kekasih Rakam Foto

Menerusi video yang dimuatnaik oleh isteri Remy, Ezza Yusof di TikTok, dapat dilihat Remy yang mengenakan pelitup muka serta kaca mata itu sedang gigih mengambil foto pasangan kekasih berkenaan untuk mendapatkan shot yang cantik.

“Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple minta tolong ambik gambar, macam biasa lah suamiku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!.”-Tulis Ezza

Tak Perasan Remy Ishak?

Titip harapan agar pasangan kekasih berkenaan berpuas hati dengan hasil foto yang telah dirakam, Ezza turut meluahkan rasa terhibur melihat pasangan berkenaan tidak mengetahui jurugambar misteri itu adalah Remy Ishak.

“Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakan photographer misteri gigih ini 🤣🥳. Happy New Year 2023 guys!.”-Kongsi Ezza

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!😁. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. 🤣🥳🥰😍 Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

“Mesti Diorang Menyesal Gila Tak Tau Remy..”

Tinjauan Murai My di ruangan komen, mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ada turut memuji tindakan Remy yang pandai ‘menyamar’ sehingga tiada yang perasan akan kehadiran pelakon Pujaan Hati Kanda itu di kawasan tarikan di Ipoh, Perak.

“Okay tuan badan hadir. Ya Allah sumpah la Remy Ishak yang ambikkan gambar Kiteorang, malunya tak perasan 😭.”

“Sejak Remy jadi juri Masked Singer dulu rupanya dia dah pandai menyamar 😂.”

“Mesti Remy rasa nikmat jadi orang biasa kan. Walaupun sekejap 🥰.”

“Aku terus buka profile nak tengok siapa laki dia. Skali lelaki pujaan Malaya. Wow 😅.”

Untung pasangan berkenaan bila foto kenangan mereka telah dirakam oleh jurugambar Remy Ishak!.

The post [VIDEO] Pandai ‘Menyamar’, Remy Ishak Bantu Pasangan Kekasih Di Tasik Cermin appeared first on Murai MY.

Read Entire Article