Usul undi percaya PM sidang pertama Parlimen 19 Disember

1 week ago 16

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan Nasional kini didukung oleh Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sehubungan itu, beliau menjelaskan sidang pertama Dewan Rakyat pada 19 Disember ini ditetapkan untuk dikemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, langkah itu bertujuan apabila ada pihak mempertikai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sekali gus dilihat menjejaskan kestabilan kerajaan.

Anwar kemudian berkata, beliau mengalu-alukan penyertaan parti lain khususnya Perikatan Nasional di dalam kerajaan perpaduan di mana fokus utama untuk menstabilan ekonomi negara. – UTUSAN

The post Usul undi percaya PM sidang pertama Parlimen 19 Disember appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article