Ustazah Afifah Dakwa Makan Ubat Tahan Sakit Boleh Masuk Neraka? Jimmy Couture Beri Respon Padu

2 months ago 38

Nama Ustazah Siti Afifah sebelum ini menjadi bualan ramai selepas lantang menyuarakan isu mengenai kaum ibu yang mahu bersalin tidak seharusnya mendedahkan aurat mereka di hadapan doktor lelaki.

Dakwa Mereka Yang Makan Ubat Tahan Sakit Boleh Masuk Neraka

Terkini, dia tampil menyuarakan isu mengambil ubat tahan sakit (pain killer) akan masuk neraka.

@kingoyennn_

need an answer from Malaysian Citizen cihhh @Siti Afifah Shahbudin #ustazahsitiafifahshahbudin #ustazahafifah #sunnahtidakpernahberbohong #sitiafifah

♬ original sound – Oyen – Oyen

“Meluat La Tengok Manusia Gini..”

Isu tersebut turut mendapat reaksi oleh pereka fesyen terkenal, Jimmy Couture yang mempersoalkan kenyataan pendakwah yang disifatkan sebagai merapu.

“Laa maknanya aku ni ahli neraka ke selalu makan pain killer. So amalan aku tak diterima bumi? Esok lusa ko beranakan tak payah makan pain killer. Biar denyut fef*k kau 44 hari. Meluat la tengok manusia gini. Kau tuhan?.”-Soal Jimmy

 

Tambahnya lagi, pereka fesyen terkenal ini turut menitipkan pesanan terhadap pendakwah berkenaan untuk tidak dibawa ke hospital untuk mengelakkan diri dari masuk neraka.

“Abistu apa guna hospital? Kau nak cakap ubat hospital haram ke apa? Esok lusa kau kena stroke atau kau kena gout atau kanser otak. Tak payah la hantar pergi hospital. Takut masuk neraka pulak.”-Tulis Jimmy

Haritu cakap salam dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa, kali ini cakap makan ubat tahan sakit boleh masuk neraka pula…

The post Ustazah Afifah Dakwa Makan Ubat Tahan Sakit Boleh Masuk Neraka? Jimmy Couture Beri Respon Padu appeared first on Murai MY.

Read Entire Article