TPM daripada BN, GPS

1 week ago 17

KAJANG: Jawatan Timbalan Perdana Menteri kerajaan perpaduan akan diisi sama ada wakil Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan belum lagi diputuskan buat masa ini dan memerlukan perbincangan lanjut.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan (PH), maka timbalannya pula adalah daripada komponen kuat lain iaitu BN atau blok Sabah dan Sarawak iaitu GPS.

“Apabila saya sudah putuskan kelak, saya akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar di Sungai Long Golf & Country Club di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan berkenaan menamatkan kemelut politik yang melanda negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Sementara itu, ketika ditanya adakah kluster mahkamah akan diberikan jawatan dalam Kabinet, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut.

“Pendirian PH jelas tetapi oleh kerana ini adalah kerajaan perpaduan maka, kita akan berbincang dengan yang lain.

“Bagi ruang untuk kita berbincang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar memberitahu sidang Parlimen akan diadakan pada 19 Disember depan. – UTUSAN

The post TPM daripada BN, GPS appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article