Tongkang sarat kontena hampir karam di perairan Pulau Pinang

1 month ago 27

 

BUTTERWORTH: Sebuah tongkang yang sarat dengan muatan kontena dilaporkan hampir karam ketika dalam pelayaran berhampiran perairan di sini, hari ini.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa membabitkan kru-kru kapal dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, video kejadian tongkang yang dalam keadaan hampir tenggelam itu yang dirakam kumpulan nelayan pantai di lokasi kejadian tular dalam media sosial hari ini.

Menerusi video berdurasi satu minit empat saat itu, sebuah kapal turut kelihatan sedang menunda tongkang terbabit ke pelabuhan berhampiran.

Difahamkan, pihak Jabatan Laut sedang menyiasat punca kejadian itu. – UTUSAN

The post Tongkang sarat kontena hampir karam di perairan Pulau Pinang appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article