“Tolong Block Si Diana, Serabut Betul Komen Dia,” – Neelofa

1 month ago 66

Kecoh di laman media sosial apabila pengacara dan usahawan Neelofa meminta suaminya, Haris Ismail untuk ‘blocked’ pengguna media sosial ketika mereka sedang bersiaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, kelihatan kurang selesa dan meminta suaminnya, yang turut berada di sisinya ketika sesi live sama untuk menyekat individu yang menggunakan nama Diana itu.

Menerusi video yang tular berkenaan, pengguna TikTok tersebut seolah-olah sengaja ‘memanaskan keadaan’ dengan menulis mesej berbaur provokasi terhadap bekas hos program MeleTOP itu.

Menerusi komen berkenaan, pengguna terbabit mengatakan jika seorang lagi pelakon popular lain mengeluarkan produk inai pastinya lebih baik berbanding keluaran ibu kepada Muhamaad Bilal itu.

“Tolong block si Diana ni, serabut betul komen dia,” kata Neelofa spontan sebaik membaca komen berkenaan.

Neelofa buat TIKTOK LIVE explain tentang Innai Nunha, tapi Diana ni datang komen2. Nak tahu komen apa yang buat Neelofa block Diana — pic.twitter.com/GQLlg9WqdO

— Miss Viral TV (@missviraltv) August 10, 2022

Menerusi sesi itu juga, Neelofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk penjagaan kulit (skincare) pula selepas ini.

Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter gara-gara hal tersebut.

Malah ada netizen yang turut berkongsi tangkap layar komen Diana yang mengaitkan nama seorang pelakon terkenal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

The post “Tolong Block Si Diana, Serabut Betul Komen Dia,” – Neelofa appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article