Tidur Bangunnya Cuma Fikir Mahu Cari Duit

10 months ago 210

وَلَلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ لَّكَ مِنَ ٱلۡأُولَىٰ  ٤

4.  Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).

Dapatlah difahami bahawa akhirat ini lebih baik bagi seseorang yang beriman itu daripada keduniaan namun manusia lebih mendahulukan hal keduniaan.

بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا  ١٦

16.  Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.

Sabda Nabi: إن الدنيا حلوة خضرة

Dunia ini manis dan hijau.

Dunia disifatkan oleh nabi dengan sesuatu yang indah dan manis dan juga menarik perhatian orang yang cenderung kepada keduniaan.

Ramai orang melihat indah dan nikmatnya dunia sehingga terpedaya dengan keduniaan dan hal yang menjadi manfaat di akhirat diketepikan.

Seperti peristiwa di dalam perang Uhud di mana kekalahan yang dialami kaum muslimin disebabkan kerana kecenderungan mereka kepada keduniaan berbanding dengan perintah nabi yang mana baginda mengatakan, jangan turun daripada gunung para pemanah walaupun menang atau kalah. 

Setelah para musuh lari dan meninggalkan harta benda mereka, para pemanah di atas bukit nampak dan turun.

Nabi melarang mereka turun tetapi mereka turun. Dunia menarik mereka untuk turun. Mereka turun dan dihukum Allah dengan kekalahan.

Alangkah ramainya orang yang terpedaya dengan keduniaan sehingga dengannya tiada masa untuk membaca Qur’an kerana sibuk kerja, tidak ada masa untuk berzikir, tidak ada masa untuk bertafakur, bermuhasabah, berevaluasi kerana banyak masanya dihabiskan dengan perkara keduniaan.

Pagi, bangun tidur, cari duit. Nak tidur, cari duit. Bangkit balik fikir cari duit, hidupnya hanya fikir untuk cari duit tanpa berfikir bagaimana mahu mencari redha dan syurga Allah.

Sabda Nabi: تعس عبد الدينار وعبد الدرهم

Celaka orang yang menjadi hamba dinar dan dirham yakni menjadi hamba dunia. ( Hari-hari fikir cara dapat duit tanpa fikir bagaimana nak dapat redha Allah.) [1]

Rugi seseorang yang hidup di dunia tetapi tidak memanfaatkan masa di dunia untuk mencari redha Allah. Jadi, kita sebagai hamba Allah perlulah menyeimbangkan masa kita untuk amalan dunia akhirat kerana tujuan sebenar kita diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah.

Rujukan:

[1] Cocombee, Tidur Bangunnya Cuma Fikir Nak Cari Duit.. ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=qVvTWuhrEJ0

Read Entire Article