“Tak Perlulah Kita Bercakap Banyak…,” – Penyampai Radio ‘Pindah’ Sudah Lumrah, Halim Othman Saran Henti Buka Cerita Tak Baik

1 month ago 82

Sebagai individu berpengalaman luas di dalam industri penyiaran radio, pengacara dan penyampai radio terkenal, Halim Othman berpandangan penghijrahan penyampai ke stesen radio lain adalah satu perkara normal.

Menurut Halim, kedua-dua belah pihak sepatut menghormati keputusan masing-masing dan tidak perlu untuk membuka aib sesiapa.

“Apabila berlaku ‘perceraian’ di antara sesebuah stesen radio dan penyampai, seharusnya kita menyimpan cerita dalam kain atau perkara yang tidak baik antara satu sama lain.

“Bila salah seorang yang mulakan, yang satu lagi pula akan balas. Ceritanya tidak akan pernah habis dan berterusan. Jadi, tak perlulah kita bercakap banyak,” katanya kepada MH.

Bekas hos program Roda Impian ini turut berpendapat sekiranya ada pihak yang melampaui batas, barulah tindakan seterusnya wajar dikenakan.

“Segalanya berbalik kepada individu itu sendiri. Kedua-dua belah pihak pernah berjasa. Penyampai radio pernah berjasa dengan stesen. Begitu juga sebaliknya.

“’Perceraian’ itu adalah perkara biasa. Ia memerlukan tahap prefesionalisme yang tinggi. Apa yang lepas biarkanlah berlalu. Misal kata ada pihak yang melampaui batas, barulah kita ambil tindakan selanjutnya,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, bapa kepada pelakon Myra Natasya  merasakan masalah seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak bersikap telus dan terbuka.

“Saya merasakan, cara yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini adalah dengan bersikap terbuka dan berbincang dengan baik.

“Sekiranya penyampai tersebut ada menerima tawaran daripada stesen radio lain, cuba berterus terang dan berbincang dengan majikan.

“Tanya pendapat mereka tentang tawaran tersebut sama ada baik atau tidak. Bincangkan solusinya. Kalau khidmat penyampai tersebut masih lagi diperlukan, mungkin stesen tersebut akan memberikan tawaran yang lebih baik.

“Pucuk pangkalnya, saya berpendapat majikan juga sepatutnya kena doakan yang terbaik buat staf,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

The post “Tak Perlulah Kita Bercakap Banyak…,” – Penyampai Radio ‘Pindah’ Sudah Lumrah, Halim Othman Saran Henti Buka Cerita Tak Baik appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article