Sudah-sudahlah Mengarut Tentang Diego Garcia

4 weeks ago 206

Diego Garcia adalah sebuah kepulauan di Lautan Hindia. Ia adalah salah satu daripada 60 gagasan pulau Semenanjung Chagos dan satu-satunya pulau di semenanjung Chagos yang berpenghuni.

Asalnya, Diego Garcia dijadikan pulau untuk penanaman kelapa. Pulau Diego Garcia telah bertukar hak milik banyak kali melalui beberapa siri peperangan dan perjanjian. Mula-mula ditemui oleh pelayar Portugis, ia kemudiannya diduduki oleh orang Perancis dan diserahkan kepada British setelah Perang Napoleon.

Penduduk di pulau ini majoritinya terdiri daripada buruh tempatan untuk penanaman kelapa pada awal 1960an. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas diwajibkan untuk menjadi buruh ketika itu.

Bermula tahun 1868-1973, semua penduduk dan orang asal di semenanjung Chagos telah diusir paksa oleh kerajaan UK untuk pembinaan kem ketenteraan bersama UK-AS. Penduduk yang diusir telah ditempatkan di kepulauan Mauritius dan Seychelles.

Kenapa penduduk di Diego Garcia mempunyai rupa paras seperti orang Melayu? Kerana mereka adalah kontraktor yang diupah oleh kem tentera melalui ejen buruh, Centerra Parsons LLC. Ejen buruh ini secara ekslusif hanya mahukan buruh daripada Filipina atas faktor boleh membayar gaji yang murah.

Betul ke orang Filipina muka macam Melayu? Senang. Tengoklah Mark Adam.

Liputan khas oleh New Internationalist mendedahkan, seorang pekerja kontrak warga Filipina di Diego Garcia cuma mendapat gaji sebanyak USD6$ untuk sebulan kerja setelah menolak bayaran kepada ejen dan caj tambahan lain.

Diego Garcia juga tidak membenarkan pelarian yang hanyut ke pulau berkenaan keluar. Mereka dikatakan telah dijadikan buruh di pulau berkenaan. Banyak laporan tentang pelarian yang mencari suaka daripada Sri Lanka dan Tamil tidak dibenarkan pulang ataupun mencari suaka di negara dunia ketiga.

Sehingga hari ini, Diego Garcia kekal sebagai pulau yang penuh kontroversi penindasan hak asasi manusia. Namun, untuk jadikan pulau ini sebagai bahan konspirasi dan kandungan murahan, adalah satu tindakan keji.

Berhentilah melayan imaginasi. Anda bukan lagi kanak-kanak. Hormatlah keluarga mangsa dan janganlah ditambah lagi luka lama. Jika tidak mampu membantu, setidaknya janganlah menambah buruk keadaan.

Anak kepada salah seorang mangsa juga telah mengesahkan di Instagram Story beliau bahawa gambar yang tular di media sosial, bukanlah ayahnya. Adakah anda yang tiada kaitan dengan mangsa lebih mengenali sosok tubuh mangsa?

#OMGHNews #OMGHViral #DiegoGarcia

p/s: Hantu kotak dubuk dah lari ke tu? Haritu kata dah separuh mati. Cepat pula hantu yahudi lari ya?

Read Entire Article