Sifatkan Individu Buat ‘Wayang’ Di Tanah Suci, Caprice Tuju Pada Siapa?

2 months ago 42

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice dilihat mendedahkan perbuatan individu yang didakwa bersikap berpura-pura di media sosial.

Dahulu Ramai Yang Tidak Percaya

Menerusi Insta Stories, Caprice mendakwa dahulu ramai yang tidak percaya akan sikap individu berkenaan yang dikatakan hanya buat ‘wayang’ di Tanah Suci.

“Tu lah dulu Cap dah tegur yang dia tu hanya buat wayang kat Tanah Suci. Setting gambar orang miskin. Tapi dulu ramai yang tak percaya.”-Tulis Caprice

Satu Demi Satu Telah Terbongkar

Dalam pada itu, Caprice turut menitipkan rasa syukur setelah satu demi satu pendedahan mengenai individu berkenaan telah terbongkar.

“Sekarang ambik ko. Siap setting semua demi content jasa-jasa baik dia. Alhamdulillah satu demi satu Allah buka.”-Tulis Caprice

Meskipun Caprice tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan, adakah anda tahu siapa individu berkenaan?

The post Sifatkan Individu Buat ‘Wayang’ Di Tanah Suci, Caprice Tuju Pada Siapa? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article