[SIDANG DUN SABAH] Rentas daerah di Sabah kembali kepada sistem zon

1 year ago 156

KOTA KINABALU: Kerajaan  Negeri Sabah akan mula membenarkan aktiviti rentas daerah selepas 70 peratus penduduk dewasa di negeri ini menerima dua dos vaksin yang lengkap.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pembukaan sempadan itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat dengan memperkenalkan semula sistem zon.

“Saya telah berbincang dengan pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan kami sepakat agar pada masa terdekat ini, Sabah akan kembali kepada sistem zon kerana 60 peratus populasi dewasa Sabah sudah divaksin.

“Oleh itu, kita akan kembali bahagikan Sabah kepada enam zon dan penduduk di setiap zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali daripada atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya semasa ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16, hari ini.

Masidi (Bersatu-Karanaan) berkata, setiap keputusan mahupun perubahan akan dilakukan berdasarkan analisis terhadap data dan situasi semasa.

Mengulas lanjut katanya, segala keputusan yang dibuat dalam menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat negeri ini dilakukan berdasarkan sains dan bukan emosi.

Jelas beliau, Sabah mempunyai kaedah tertentu sebelum memutuskan sesuatu SOP kerana bukan semua polisi yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia boleh dipraktikkan di Sabah seperti penutupan kilang yang mencatatkan kes positif.- UTUSAN ONLINE

 

 

The post [SIDANG DUN SABAH] Rentas daerah di Sabah kembali kepada sistem zon appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article