“Seronok Tengok Si Celak* Sekalian…”-Tiz Zaqyah Bidas Komen Netizen Persoal Berduaan Dengan Lelaki Di Hotel

2 months ago 86

Pelakon, Tiz Zaqyah tampil memberi penjelasan selepas terdapat netizen yang memberi pertikaian terhadap video yang dimuatnaik di media sosial.

Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menggosok (seterika) baju, manakala Tiz pula sedang lincah melakukan trend tiktok sambil menghempaskan tubuhnya ke atas katil di sebuah bilik hotel.

@tiz.zaqyah

#fyp #fypシ

♬ golden hour – JVKE

Netizen Persoal Tiz Berdua-duaan Dengan Lelaki Dalam Bilik Hotel

Walaubagaimanapun, video tersebut telah menjadi pertikaian netizen di ruangan komen yang mempersoal tindakan Tiz yang didakwa berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram.

“Dah kahwin belum ni? Boleh mendatangkan fitnah ni dok sebilik dengan lelaki.”

“Soalan..betul ke Tiz dah kahwin?.”

“Siapa lelaki tuu.”

“Bilik Makeup & Wardrobe Tempat Kita Bersiap..”

Tidak berdiam diri, Tiz menerusi ciapan yang sudah dipadam di Twitter menjelaskan bahawa bilik tersebut adalah bilik mekap dan wardrobe menjadi tempatnya bersiap.

“Bilik makeup and wardrobe tempat kita bersiap nyahh. Kau ghase? Them busuk hatis got the bait. HAHAHA seronok tengok si cel*ka sekalian ‘bertanya’.”-Ciapan Tiz

Apa pendapat anda?

The post “Seronok Tengok Si Celak* Sekalian…”-Tiz Zaqyah Bidas Komen Netizen Persoal Berduaan Dengan Lelaki Di Hotel appeared first on Murai MY.

Read Entire Article