Seong Hoong buktikan kehebatan

1 month ago 42

KUALA KANGSAR: Usia bukan penghalang kejayaan seseorang.

Itulah yang dibuktikan pelumba veteran, Tsen Seong Hoong apabila muncul juara acara lepas beramai-ramai Master B pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2022 di Dataran Amanjaya, Manong, Kuala Kangsar di sini hari ini.

Walaupun sudah berusia 52 tahun Seong Hoong membuktikan dia masih berkemampuan untuk memenangi perlumbaan sejauh 82.6 kilometer itu.

Begitupun, pelumba Kuala Lumpur A itu diberi tentangan sengit oleh dua pelumba iaitu Faizal Izuan Abd Rahman (Perak B ) dan Mohamed Sani Mohamed Adnan (Putrajaya) sebelum.menang melalui photo finish dengan catatan 2 jam 00. 0.4 s.

Perlumbaan itu menyaksikan 10 pelumba menamatkan kayuhan serentak .

Sementara itu, Alister Chan Foo Leng memenangi kategori Master A.

Pelumba Terengganu A itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 2 jam 00.02s mengatasi Che Hafizam Che Roza (Kelantan) dan Mohd Razif Mohd Salleh ( Ironwan Johor Bahru) melalui photo -finish.

Manakala Mior Muhammad Hazwan Hamzah mengungguli perlumbaan kategori B-23 tahun.

Pelumba Sapura Cycling Team itu menumpaskan Khee Zhe Yie (Terengganu A) dan Mohamad Faiz Fakhiri Omar (Perak) dengan lebih 2 minit. – UTUSAN ONLINE

The post Seong Hoong buktikan kehebatan appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article