“Semua Ni Otai-Otai” – Foto Sharifah Amani Bersama Rakan Artis Cetus Rasa Teruja Peminat!

2 months ago 41

Pelakon, Sharifah Amani membuat perkongsian di media sosial ketika pertemuannya bersama rakan-rakan yang juga pelakon hebat ketika menjalani penggambaran.

“Semoga Diizinkan Bercerita…”

Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat dia bersama Nadiya Nisaa, Amerul Affendi, serta Iedil Putra.

“Merul tak berlakon filem LaLuna. Dia shooting area sama maka lepak lah kami sekejap.

Sayang korang. Semoga diizinkan bercerita bersama-sama lagi soon. Mudah mudahan.”-Tulis Sharifah Amani

Cetus Rasa Teruja Peminat

Foto yang dikongsi oleh Amani telah dibanjiri dengan komen peminat yang rasa kagum dengan bakat lakonan mereka, malah ada yang menyifatkan keempat-empat pelakon ini bijak ‘bermain jiwa’ ketika berlakon dalam sesebuah karya.

“Semua pelakon hebat dari dulu sampai sekarang.”

“Semua ni otai-otai. Lakonan semua mantopp.”

“I love them. Pandai main jiwa bila berlakon.”

“Kalau ada movie or drama yang ada one of them or all of them aku mesti wajib tengok. Sebab karakter diorang memang best gila and rasa ke jiwa walaupun dalam comedy category.”

Apa pendapat anda?

The post “Semua Ni Otai-Otai” – Foto Sharifah Amani Bersama Rakan Artis Cetus Rasa Teruja Peminat! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article