Semua Bermula Dengan Pandangan Yang Liar

1 year ago 275

Daripada Khuts’um (nama kabilah), Nabi SAW melihat Al-Fadhal Bin Abas melihat perempuan dan perempuan melihat kembali Fadhal.

Mata bertentang mata. Nabi palingkan muka Fadhal supaya tidak bertatap muka sekaligus tidak melihat bukan mahramnya.

Oleh sebab yang demikian, ia merupakan satu usaha untuk mengelak bahaya yang besar.

Akan berlakunya masalah yang lebih besar dari itu seperti pertemuan, penzinaan dan seumpamanya berpunca daripada pandangan terlebih dahulu.

Oleh sebab yang demikian, Allah berfirman:

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ  ٣٠

30.  Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Sebab? Apa yang dilakukan kemaluan berpunca dari pandangan.

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ ...

31.  Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya ….

Mungkin pandangannya selesai, tetapi balik rumah masih terngiang-ngiang orang yang dilihatnya. (terganggu fikirannya akhirnya kepada hal-hal yang dosanya lebih berbahaya dan besar)

Di sini ada adab untuk tidak boleh memandang kepada perempuan yang boleh mendatangkan perkara yang memudaratkan. 

(Untuk mengelak dari satu bahaya besar yang mungkin terjadi, yang kecil perlu dielakkan dahulu, supaya tidak terjadi yang lebih besar. )

Maksud: Daripada menyemarakkan api, baiklah memadam terus. Yakni memberi gambaran kepada kita kedua-dua lelaki dan perempuan hendaklah menjaga pandangan yang boleh membawa kepada perkara yang lebih berbahaya seperti mana perumpamaan Arab:

الوقاية خير من العلاج

Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Kesimpulannya, semua Muslim tidak kira lelaki atau perempuan wajib menjaga pandangan mereka. 

Ini supaya dapat mengelak daripada melakukan maksiat kerana maksiat itu bermula dengan sesuatu yang ringan.

Rujukan:

Cocombee, Kerana Semuanya Akan Bermula Dengan Pandangan Yang Liar

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, https://www.youtube.com/watch?v=ikDit1GLUc8

Read Entire Article