Segalanya Bergantung Kepada Anak Muda

11 months ago 244

Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA ketika wafatnya Nabi Muhammad SAW dan memikul tanggungjawab kepimpinan, beliau berhadapan dengan wasiat nabi sebelum wafatnya.

Nabi bersabda:

Laksanakanlah tentera yang dipimpin oleh Usamah Ibn Zaid. (yakni tentera yang dilantik nabi untuk berperang melawan Rom pada waktu itu.)

Usamah anak muda yang usianya lebih kurang 17 tahun sewaktu itu. Saidina Umar berkata kepada Saidina Abu Bakar: 

Ada yang mengatakan Usamah ibn Zaid masih muda remaja. 

Alangkah baiknya jika ditukar dengan orang lain.

Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar: Ya Umar, adakah kamu mahu langkah pertama yang aku ambil dalam memegang amanah Rasullullah ini dengan melucutkan orang yang dilantik oleh nabi?

Bahkan, soalan ini bukan soalan bahkan ini jawapan ingin memberitahu bahawa tidak ada apa-apa perubahan terhadap yang sudah dibuat Rasullullah.

Terdapat ramai para sahabat yang sedia untuk memikul tanggungjawab seperti Usamah antaranya Anas ibn Malik, Abu Hurairah, Abd Rahman ibn Auf, lalu mengapa Baginda memilih Usamah?

Ia adalah untuk memberikan penerangan kepada kita bahawasanya nabi prihatin dengan perihal anak muda di masa mudanya. 

Anak muda hendaklah berada di jalan yang betul sepertimana izzahnya islam dahulu dengan anak-anak muda yang berpegang kepada amanah yang ditinggalkan oleh nabi.

Rosaknya islam di akhir zaman dan akan nampak asing islam ini di akhir zaman juga dengan anak-anak muda.

Perlunya kita mengambil ibrah khususnya kepada anak-anak muda untuk mengetahui bahawa usia muda itu memainkan peranan penting untuk diri dan agama anak muda itu sendiri.

Kepada apa mereka menggunakan masa mudanya itu samada dari segi pergaulan, tutur kata, etika, penglibatan atau perbuatan mereka akan menentukan masa depan mereka kelak. 

Martabat bangsa dan agama pada masa hadapan juga akan ditentukan oleh anak muda sekarang.

Kesimpulannya, penting untuk seseorang anak muda itu memanfaatkan masa mudanya dengan perkara-perkara yang berfaedah bagi kesejahteraan dirinya di masa hadapan. 

Negara juga perlu menggilap anak muda sekarang supaya dapat membentuk aset pewaris negara yang terbilang di masa hadapan.

Rujukan:

Cocombee, Segalanya Bergantung Kepada Anak Muda..

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=f5Ach-EaevA
Read Entire Article