‘Scammers’ Guna Wajah Dalam Iklan Palsu, Dr Amalina Tampil Beri Pesanan!

1 month ago 36

Personaliti terkenal dan pakar bedah kelahiran Malaysia yang menetap di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri tampil memberikan teguran selepas terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya untuk mempromosikan iklan palsu sesebuah produk.

Tidak Menjadi Duta Kepada Sebarang Produk Kesihatan

Dr Amalina menjelaskan bahawa dia tidak pernah menjadi duta atau menjual sebarang produk kesihatan seperti yang diiklan di media sosial.

“Anda semua harus tahu bahawa saya tidak endorse atau menjual produk kesihatan. Sila ambil perhatian bahawa saya bukan duta untuk sebarang produk kesihatan.”-Tulis Dr Amalina

“Mereka Edit Foto Saya..”

Mengetahui ada di antara netizen di media sosial yang telah membeli, namun tidak mendapat produk berkenaan, Dr Amalina menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak terpengaruh dengan scammers yang telah menyunting fotonya untuk mempromosikan iklan yang tidak benar itu.

“Saya dimaklumkan bahawa ada di antara anda yang membeli produk ini tetapi tidak pernah menerimanya. Tolong jangan terpengaruh dengan scammers ini.

Mereka edit foto saya. Tolong jangan likes atau share post, dan sila report. Saya tidak mempunyai akaun Facebook. Terima kasih.”-Tambahnya lagi

Jangan terpengaruh dengan iklan produk yang tidak ada kesahihannya. Berhati-hati ya semua..

The post ‘Scammers’ Guna Wajah Dalam Iklan Palsu, Dr Amalina Tampil Beri Pesanan! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article