“Saya Ni Orang Belakang Tabir..”-Hatta Dolmat Titip Rasa Syukur Terima Hadiah Kejutan Oleh Kelab Peminat Tomok!

2 months ago 45

Umum mengetahui penyanyi dan pelakon, Tomok telah memenangi tempat keempat Gegar Vaganza 9 (GV9) baru-baru ini.

“Saya Ni Orang Belakang Tabir Je..”

Pereka fesyen terkenal yang menghasilkan persalinan Tomok pada setiap minggu program realiti tersebut, iaitu Hatta Dolmat menitipkan rasa syukur apabila dirinya telah dihadiahkan sejambak bunga oleh kelab peminat Tomok, Tomokians.

“What I really mean is my first-time dapat kindness gesture from fans selebriti. Maaflah kalau ada sebelum ni i mungkin terlupa ye la ramai kan Hatta dah pernah buat. Saya ni orang belakang tabir je.

Kalau fans @tomokofficial appreciate creation ni lain macam sweet nye terharu dibuatnya, Alhamdulillah moga Allah membalas kasih sayang anda semua.”-Tulis Hatta

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah terhadap Hatta yang telah berjaya menghasilkan pakaian yang terbaik kepada Tomok sepanjang program Gegar Vaganza 9 (GV9).

“Alhamdulillah. TQ Hatta buat baju lawa-lawa cantik, smart untuk Tomok.”

“TQ so much @hattadolmat_ for your times & commitments to keep @Tomok superb & sentiasa segak bergaya di GV9! What a wonderful collaboration👏🥰👏🥰👏.”

Sekadar info, Jaclyn Victor telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 9 (GV9) di pentas akhir acara berkenaan baru-baru ini, lalu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Paris, Perancis, pakej penginapan di Royale Chulan Cherating beserta Trofi GV9.

The post “Saya Ni Orang Belakang Tabir..”-Hatta Dolmat Titip Rasa Syukur Terima Hadiah Kejutan Oleh Kelab Peminat Tomok! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article