Saman trafik:  RM1.38 juta kutipan bayar saman trafik

2 months ago 43

ISKANDAR PUTERI: Hanya 26 daripada keseluruhan 109,758  saman trafik melibatkan pemandu warga Singapura dibayar sepanjang Program Ramah Mesra Polis Johor Bersama Brother Motor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam tempoh tiga hari program berkenaan, pihaknya mengutip RM1.38 juta bayaran saman daripada 2.2  saman yang tertunggak.

Menurut beliau, pihaknya akan terus melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan pesalah trafik untuk membuat pembayaran saman.

“Saman tertunggak di negeri ini setakat Ogos lalu melibatkan sebanyak 2.2 juta keping saman dengan pelbagai kesalahan. Antara kesalahan utama adalah memandu lebih had laju, tidak memakai tali pinggang keselamatan, menghalang laluan dan memotong barisan.

“Sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Johor Bersama Brother Motor,  kita terima bayaran saman trafik melibatkan pemandu warga Singapura, iaitu sebanyak 26 keping saman,” katanya pada majlis penutup program itu di Puteri Harbour, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan meningkatkan lagi program galakan bagi memastikan pesalah trafik membuat pembayaran saman mereka dari semasa ke semasa.

Mengenai program berkenaan, Kamarul Zaman berharap untuk terus mendekati golongan penunggang motosikal dan menjadikan mereka mesra dengan pihak berkuasa.

“Tujuan program ini adalah menjadikan mereka sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak polis dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau salah laku di kawasan masing-masinh,” jelasnya.- UTUSAN

 

The post Saman trafik:  RM1.38 juta kutipan bayar saman trafik appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article