Salman Rushdie cedera ditikam di atas pentas

1 month ago 49

CHAUTAUQUA, New York: Pengarang kontroversi British, Salman Rushdie, yang tulisannya telah menjadikan dirinya sasaran ancaman bunuh Iran, menjalani pembedahan kecemasan pada Jumaat (12 Ogos) selepas seorang penyerang menikam lehernya pada di pentas majlis syarahan sastera di New York.

Polis berkata seorang lelaki telah menyerbu ke pentas tersebut dan menyerang Rushdie dan seorang pengacara yang menemubual beliau ketika itu, menyebabkan beliau mengalami luka akibat tikaman di leher.

Ejennya, Andrew Wylie dalam kenyataan melalui Twitter  berkata, Rushdie telah  dikejarkan dengan helikopter ke hospital dan menjalani pembedahan, dan beliau berjanji untuk memberikan maklumat terkini mengenai keadaan Rushdie secepat mungkin.

Rakaman media sosial menunjukkan orang ramai menjalankan rawatan perubatan kecemasan di atas pentas sejurus selepas serangan itu. Penemuduga juga mengalami kecederaan di kepala.

Seorang suspek telah ditahan oleh polis negeri, yang tidak memberikan butiran segera tentang identitinya atau kemungkinan motifnya.

Polis berkata bahawa tidak jelas jenis senjata yang digunakan suspek.

“Rushdie jatuh ke lantai apabila lelaki itu menyerangnya, dan kemudian dikelilingi oleh sekumpulan kecil lelaki yang mengangkat kakinya, seolah-olah menghantar lebih banyak darah ke bahagian atas badannya, sementara penyerang itu ditahan,” ujar seorang saksi yang menghadiri majlis syarahan yang tidak dinamakan itu.– HARAKAHDAILY 13/8/2022

Read Entire Article