Rozita Che Wan Mengaku Khilaf Pakai Topi Nampak Telinga Sampai Zain Saidin Tegur

1 month ago 81

Pelakon Rozita Che Wan mengakui khilafnya apabila ramai pihak mempertikaikan pemakaian serta aksesori kepala yang dipakai sehingga menampakkan telinga.

Ia berlaku ketika pelakon Kiah Pekasam itu menghadiri Kedah Fashion Week yang berlangsung di Alor Setar, baru-baru ini.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya, pelakon Zain Saidin turut menegurnya berhubung imej yang dikenakan.

“Ini first time saya pakai topi dan sebenarnya bila dah dalam pertengahan acara, saya baru perasan ternampak telinga sebab rupa-rupanya anak tudung itu jenis nampak telinga.

“Saya cuba untuk tarik-tarik anak tudung itu tapi macam dah ternampak… dah ternampak lepas tu post pula, sesuailah saya kena kecam pun kan.

“Dekat rumah, saya tanya Zain, ‘sayang okay tak i pakai topi’, dia kata okay tapi nampak telinga, telinga kan aurat.

“Okay saya dah terasa sebab suami saya yang tegur, memang salah saya. Sepatutnya saya lebih berhati-hati, khilaf saya. Bila netizen kecam, memang saya terima,” katanya kepada MH.

Selain isu itu, Che Ta turut dikritik susulan busana putih yang digayakannya pada majlis itu dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab sehingga terlalu menonjol di bahagian dada.

“Bila baju tu letak pada patung memang lawa, patung pula 20 sen dia punya (bahagian dada), lepas itu (baju sama) pakai pada kita.

“Saya tak perasan sangat, tapi bila dalam gambar nampak sangat pula.

“Bagi saya kalau (netizen) tengok bahagian itu, memang bahagian itu la nampak. Cuba kalau mereka fokus pada bulu mata, topi atau veil yang saya pakai, tak adalah nampak benda tu kan,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Rozita Che Wan

The post Rozita Che Wan Mengaku Khilaf Pakai Topi Nampak Telinga Sampai Zain Saidin Tegur appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article