Rasa Sedih Yang Tidak Semua Orang Alami

11 months ago 258

Rasulullah SAW bertanya kepadanya:

كَيْفَ أَصْبَحْتَ؟ قَالَ: أَصْبَحْتُ أُحِبُّ الْخَيْرَ وَأَهْلَهُ، وَمَنْ يَعْمَلُ بِهِ، وَإِنْ عَمِلْتُ بِهِ أَيْقَنْتُ بِثَوَابِهِ، وَإِنْ فَاتَنِي مِنْهُ شَيْءٌ حَنَنْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَذِهِ عَلَامَةُ اللهِ فِيمَنْ يُرِيدُ

Maksudnya: “Bagaimana keadaanmu hari ini, wahai Zaid?” Zaid menjawab, Aku sukakan kebaikan, orang yang baik dan yang melakukan kebaikan. 

Jika aku boleh melakukannya, aku yakin dengan ganjarannya. Jika aku tidak berpeluang melakukannya, aku sangat berharap dapat melakukannya.” 

Nabi SAW bersabda, “Ini adalah petanda kebaikan daripada Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” 

(Lihat Hilyah al-Auliya, 4/109 dan Ma’rifatu al-Sahabah oleh Abi Nu’aim, 3/1198)

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW dengan Zaid Al-Khair. 

Dapatlah disimpulkan bahawa tanda-tanda orang yang disukai Allah ialah apabila seseorang itu suka melakukan kebaikan.

Suka kepada orang yang berbuat baik dan susah hati jika terlepas peluang berbuat kebaikan.

Datang sahabat-sahabat Nabi yang lain berjumpa Rasullullah: Ya Rasullullah, bawalah kami bersamamu untuk berjihad.

Nabi: Saya tidak ada apa yang cukup untuk diberikan kepada kamu untuk kamu mengikutiku dalam berjihad. (bermakna mereka tidak dapat mengikuti Nabi berjihad kerana tiada kelengkapan berperang.)

Sahabat-sahabat nabi ini seorang yang miskin, mahu ikut berjihad, tetapi tidak mempunyai senjata, makanan, pengangkutan, tidak ada apa-apa. 

(Mereka datang kepada Nabi hanya membawa tenaga.) 

Setelah mendengar Nabi berkata begitu, mereka pun balik ke rumah dalam keadaan menangis.

Mengapa mereka menangis? 

Mereka sedih kerana terlepas peluang untuk berjihad gugur bersama Rasullullah.

Mengapa diceritakan Allah di dalam Al-Quran perasaan gembira dan susah hati di dalam sesuatu perkara. 

Ini kerana ada timbangan baik dan buruknya di sisi Allah kepada apa yang kita gembira dan susah hati.

Jika seseorang itu merasa susah hati kerana tidak berpeluang mengikuti kelas agama atau ta’lim. 

Itu menunjukkan tanda dia seorang yang baik kerana terdetik di hatinya susah hati apabila terlepas peluang melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya.

Rujukan:

Cocombee, Rasa Sedih Yang Tak Semua Orang Alami.. ᴴᴰ |

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=2PdLKgRNhVg
Read Entire Article