PU Syed Bengang Dengan Blackpink- ‘Sekat Mereka, Cukuplah Maksiat!’

2 days ago 15

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi hantaran di Instagram dilihat masih melakukan bantahan terhadap kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink BORN PINK WORLD Tour daripada melakukan persembahan di Malaysia yang dijadualkan pada 4 Mac 2023.

Tetap Bantah Penganjuran Konsert Blackpink Di Malaysia

Menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai satu perkara yang mengarut, PU Syed turut menyeru kepada umat Islam agar sama-sama dapat berusaha membantah kumpulan Blackpink dari melakukan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kumpulan K-Pop Blackpink akan datang ke Malaysia. Ambe menyeru semua umat Islam agar sama-sama kita melakukan usaha membantah dan membantah sepenuhnya atas penganjuran konsert yang mengarut ini!

Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku. Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!.”-Tulis PU Syed

Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang turut bersetuju dengan kenyataan PU Syed yang membantah penganjuran konsert Blakpink di Malaysia tidak lama lagi.

“Sokong! Kita mampu menolak..Ini negara kita..”

“Cukuplaa asyik berhibur je. Kat tv penuh hiburan. Kat luar hiburan juga. Apa nak jadi. Menakutkan. Bantah.”

“Malaysia ni bukan Melayu je yang duduk, Chinese and India pun ada juga.”

“Moga Allah membalas redha usaha Ustaz.”

“Kami bantah.”

“Siapa yang bagi kelulusan untuk konsert ini diadakan?.”

Terdahulu, PU Syed pernah menitipkan harapan agar konsert bintang elektropop yang berjaya meraih tujuh trofi Anugerah Grammy, Billie Eilish tidak dapat dianjurkan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, konsert berkenaan tetap dijalankan dengan kehadiran lebih 25,000 peminat yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.

The post PU Syed Bengang Dengan Blackpink- ‘Sekat Mereka, Cukuplah Maksiat!’ appeared first on Murai MY.

Read Entire Article