“Politik Ni Melalaikan..”- Damian Mikhail Kesal Dengan ‘Drama Politik’?

2 months ago 40

Musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak termasuklah komposer, penerbit lagu, dan salah seorang ahli kumpulan V.E, Damian Mikhail turut tampil bersuara terhadap politik yang berlaku dalam negara menerusi hantaran di Insta Stories-nya.

“Semua Berhak Pilih Siapa Siapa…”

Menurut Damian, dia menyifatkan politik dalam negara adalah perkara yang melalaikan dan telah memecahkanbelahkan masyarakat.

“Malas nak argue dengan siapa-siapa. Semua berhak pilih siapa-siapa dia rasa sesuai untuk memimpin dan mentadbir negara.

Yang penting respect je each other punya hak mengundi dan keluar mengundi.”-Tulis Damian

Penat Dengan ‘Drama Politik’

Akui rasa penat dengan ‘drama politik’, Damian turut menyatakan bahawa dia hanya akan keluar mengundi secara diam-diam dan tidak berkempen terhadap mana-mana parti politik.

“Serius aku dah penat dengan drama politikus. Malas nak kempen mana-mana. Keluar vote diam-diam je. Undi itu rahsia.”-Kongsi Damian

Apa komen anda?

The post “Politik Ni Melalaikan..”- Damian Mikhail Kesal Dengan ‘Drama Politik’? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article