PKR umum barisan kepemimpinan baharu

1 week ago 20

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengumumkan senarai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Sesi 2022-2025 hari ini.

Setiausaha Keadilan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, MPN Keadilan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari setelah mendapat persetujuan dari Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tersebut secara rasmi.

“Menurut Fasal 27.5 Perlembagaan Keadilan, dengan ini memaklumkan perlantikan ahli-ahli MPN Selangor bagi sesi 2022- 2025.

“Pengerusi adalah Amirudin sendiri, Timbalan Pengerusi, Borhan Aman Shah dan Naib Pengerusi 1, Hee Loy Sian, Naib Pengerusi 2, R.Sivarasa dan Naib Pengerusi 3, Rodziah Ismail.

“Naib Pengerusi (Ketua Angkatan Muda Keadilan) adalah Muhammad Izuan Ahmad Kasim dan Naib Pengerusi (Ketua Wanita) adalah Rozana Zainal Abidin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, Bendahari adalah Elizabeth Wong, Ketua Penerangan, Halimey Abu Bakar dan Pengarah Komunikasi, Azmizam Zaman Huri.

“Pengarah Strategi adalah Dr. Yaakob Sapari, Ex Officio, Juwairiya Zulkifli dan Pengarah Strategi adalah Mohd. Yahya Mat Sahri,” katanya.

Jelas Mohd.Khairuddin lagi, pelantikan kesemua pimpinan tersebut adalah bukti komitmen parti memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) bersama – sama anggota komponen parti yang lain .

Katanya lagi, pelantikan tersebut adalah manifestasi PKR Selangor untuk menyatakan kesediaan untuk memasuki Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“Sehubungan dengan itu , seluruh Cabang Keadilan Selangor adalah diarahkan untuk memasuki fasa terakhir persiapan jentera bagi menghadapi pilihanraya umum kelak .

“Keadilan Selangor juga akan memperhebatkan semua bentuk gerak kerja di seluruh Selangor termasuk membantu rakyat ketika menghadapi musim tengkujuh yang dijangkakan pada hujung tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

The post PKR umum barisan kepemimpinan baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article