Perundangan Jenayah Islam utamakan pencegahan, didikan

2 months ago 72

HUKUMAN dalam Undang-undang Islam bukan sekadar bertujuan untuk menghukum, tetapi lebih besar lagi, adalah untuk mendidik dan mencegah jenayah serta mendisiplinkan masyarakat.

Undang-undang Jenayah Islam mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang unik dan amat menarik. Contoh, hukuman sebat dan rejam bagi penzina dilihat sebagai berat dan menggerunkan, lalu menjadikan masyarakat gerun dan takut untuk melakukan jenayah zina. Sedangkan pensabitannya tidak mudah, kerana syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman amat ketat dan kompleks.

Perumpamaan hukuman dalam Islam adalah seperti seorang ayah menggantung rotan di tempat yang tinggi, supaya mudah dilihat. Melihat rotan yang tergantung, anak-anak akan rasa takut dan gerun untuk melakukan perkara yang salah. Rotan itu tidak perlu diturunkan, sebab keberadaannya telah mewujudkan rasa takut atau gerun pada rotan tersebut. 

Undang-undang yang terkandung dalam hukum Islam termasuklah hudud, qisas dan diyat merupakan undang-undang yang bersifat Rabbani, dan hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang Islam dan orang bukan-Islam. Stigma masyarakat terhadap pelaksanaan hukuman ini boleh dihapuskan apabila mereka memahami hikmah dan falsafah di sebaliknya. 

Sekalung tahniah saya ucapkan atas penganjuran Round Table Discussion Kajian Hudud, Qisas dan Diyatsempena Minggu Pencegahan Jenayah Syariah oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM yang bermula pada 18 Julai 2022 hingga 22 Julai ini.

Semoga pelaksanaan RTD ini mampu mencapai hasrat untuk menjadikan Undang-undang Syariah sebagai undang-undang yang menyeluruh, melestarikan masyarakat majmuk yang bersatu dan harmoni, serta mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 22/7/2022

The post Perundangan Jenayah Islam utamakan pencegahan, didikan appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article