Persoal Artis Minta Derma Biayai Kos Rawatan Medikal, Aeril Zafrel Beri Respon ‘Padu’!

1 month ago 44

Umum mengetahui pelakon Nad Zainal masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Rakan-rakan industri seperti penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, Fasha Sandha,  Ungku Ismail, Aeril Zafrel dan ramai lagi telah melancarkan tabung kecemasan sebagai inisiatif rakan artis serta peminat bagi meringankan beban keluarga Nad Zainal.

“Aik Artis Pun Minta Tolong Derma Jugak Ke?”

Walaubagaimanapun, terdapat komen negatif dari netizen yang mempersoalkan tindakan artis meminta derma serta menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang memalukan.

“Aik artis pun minta tolong derma jugak ke? Bukan ke artis ni dah ada pertubuhan.

Kenapa sampai nak minta derma 1 Malaysia. Buat malu je orang tengok.”-Komen seorang netizen

Aeril Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Aeril Zafrel turut membalas komen netizen berkenaan dan menasihati untuk menitipkan doa jika tidak boleh menghulurkan derma.

“Kalau tak boleh derma. Doakan pun dah mencukup sis.”-Balas Aeril

Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan dengan cepat..

The post Persoal Artis Minta Derma Biayai Kos Rawatan Medikal, Aeril Zafrel Beri Respon ‘Padu’! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article