Perancis dilanda gelombang haba ketiga

1 month ago 43

PARIS: Gelombang haba di Perancis mencapai paras kemuncak apabila suhu maksimum mencecah antara 38 dan 41 darjah Celsius pada Jumaat, lapor Meteo-France.

Sejak gelombang haba ketiga melanda pada musim panas tahun ini terutamanya di kawasan Mediterranean bermula 31 Julai lalu, cuaca panas kini mula merebak ke barat daya dan pantai Atlantik.

Walaupun cuaca tidak sepanas pada Jun dan Julai, suhu masih di paras tinggi untuk jangka masa yang lebih lama.

Pada Julai Perancis mengalami defisit hujan buat kali pertama dalam sejarah negara, apabila hampir tiada hujan pada awal Ogos kecuali beberapa kejadian ribut petir, terutamanya di Alps, Corsica dan Pyrenees.

Justeru kenaikan suhu terbaru ini akan memburukkan lagi kemarau yang sudah melanda sebahagian  kawasan, lapor Xinhua.

Bemula 17 Julai kemarau di Perancis telah mencatatkan rekod baharu sejak rekod yang dicatatkan pada Ogos 1958.

Sehingga 8 Ogos, kemarau telah menjejaskan seluruh kawasan metropolitan yang disifatkan setanding dengan kemarau pada 1976 dan 2003, menurut Meteo-France. – BERNAMA

Read Entire Article