“Penyampai Radio Perlu Ada ‘Class’, Tak Perlu Paksa Konten Komedi,” – Halim Othman

1 month ago 49

Pengacara dan penyampai radio terkenal, Halim Othman berpandangan para penyampai radio masa kini haruslah bijak untuk menarik perhatian para pendengar dan bukan hanya bersandarkan konten komedi semata-mata.

Menurut Halim, para penyampai radio harus mempunya kelas yang tersendiri dan berusaha untuk menjadikan perbualan sebagai sesuatu yang hidup.

“Antara penambahbaikkan yang boleh dibuat kebanyakkan stesen radio kita ketika ini adalah dengan memperbanyak perbualan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dan bukan perbualan yang dibuat-buat diantara rakan penyampai.

“Kita tak perlu pun terlalu memaksa konten komedi itu. Perbualan itu haruslah ada ‘class’ dan para pendengar boleh relate. Bahasa kita pun kena jaga,” katanya kepada MH

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Era dan Suria FM ini turut percaya para penyampai radio harus mempunyai skill pertuturan yang lebih baik daripada orang-orang kebanyakkan.

“Ini adalah radio. Para penyampai dipilih diantara ratusan ribu orang untuk bercakap dan didengar oleh orang lain. Bermakna percakapan awak itu harus lebih baik daripada ratusan ribu orang itu.

“Kalau tahap percakapan anda tidak lagi sampai ke standard itu, maka kena pertingkatkan supaya bila bercakap, sedap didengar dan pendengar juga terhibur walaupun percakapan itu simple. Tak perlu pun jadi pelawak,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Halim tidak menganggap konten komedi itu sebagai satu kesalahan sebaliknya harus diselangselikan dengan kandungan-kandungan bermanfaat yang lain.

“Tapi sekali sekala kalau lawak itu keluar, tiada masalah sebab kita faham bila situasi pagi tu kita kena ceriakan suasana tapi tak perlu paksa pun komedi itu.

“Kongsikanlah mengenai keadaan trafik, cuaca serta hal-hal semasa yang boleh relate dengan pendengar.

“Sesekali juga selitkanlah kata-kata berbentuk motivasi. Tapi jangan sampai kita seperti bersyarah pula kepada pendengar,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Halim mendedahkan dia sedia untuk kembali sebagai pengacara di program televisyen namun, fokusnya lebih tertumpu kepada ‘game show’ yang berbentuk ilmiah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Halim Othman

The post “Penyampai Radio Perlu Ada ‘Class’, Tak Perlu Paksa Konten Komedi,” – Halim Othman appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article