Penganjur Guna Wajah Di Poster & Media Sosial Tanpa Kebenaran, Baby Shima Tampil Bersuara!

2 months ago 40

Penyanyi sensasi, Baby Shima tampil memberikan penjelasan setelah terdapat pihak penganjur yang dikatakan telah menggunakan wajahnya tanpa kebenaran di media sosial dan poster.

“Maaf Semua Shima Tidak Terlibat..”

Menurut Baby Shima, beliau tidak terlibat dalam sebuah acara, Karnival Geggar Usahawan Kecil Bangsa Johor yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Muar, Johor.

“MAAF semua Shima tidak terlibat dalam Karnival Geggar Usahawan Kecil Bangsa Johor anjuran @wanzaentertainment, dimana pihak penganjur telah menggunakan gambar Shima tanpa kebenaran dan

juga diminta pihak penganjur membuang gambar tersebut dari semua media sosial dan poster yang digunakan untuk tujuan promosi.”- Tulis Baby Shima

Bakal Hantar Surat Peguam

Tambahnya lagi, Baby Shima turut menjelaskan bahawa pihak pengurusannya akan akan menghantar surat dari peguam kepada pihak penganjur agar perkara yang sama tidak berlaku.

“Pihak pengurusan Shima akan segera hantar surat dari peguam Shima kepada pihak penganjur untuk tindakan lebih lanjut agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.”-Tulis Baby Shima

Apa komen anda?

The post Penganjur Guna Wajah Di Poster & Media Sosial Tanpa Kebenaran, Baby Shima Tampil Bersuara! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article