Pendaki Singapura sesat ditemukan selamat

1 month ago 33

KOTA TINGGI: Pendaki warga Singapura yang sesat di Gunung Panti Barat, Batu Ampat semalam berjaya ditemukan dalam keadaan selamat pukul 4.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, mangsa yang sesat dapat keluar sendiri dari hutan berkenaan.

“Mangsa yang berjaya keluar sendiri dari hutan datang semula ke lokasi polis membuka pusat kawalan di tempat kejadian iaitu laluan masuk untuk naik ke hutan simpan Panti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Terdahulu, mangsa, Neo Thiam Ming, 40, bertindak menghubungi pihak bomba dan penyelamat selepas tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.

Hussin berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu  pukul 7.10 petang semalam selepas dimaklumkan oleh pasukan bomba dan penyelamat.

“Mangsa menghubungi pihak bomba menerusi talian kecemasan 999 menyatakan tersesat jalan.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sebuah pasukan mencari dan menyelamat  digerakkan ke lokasi kejadian yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan dibantu oleh agensi lain, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Jabatan Perhutanan Kota Tinggi dan Angkatan Pertahanan Malaysia Kota Tinggi.

Beliau turut menasihati orang ramai yang berhasrat untuk melakukan aktiviti pendakian supaya melaporkan terlebih dahulu ke balai polis berhampiran atau Pejabat Perhutanan Daerah Kota Tinggi. –UTUSAN ONLINE

The post Pendaki Singapura sesat ditemukan selamat appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article