Pencuri larikan syiling emas bernilai RM7.6 juta dari muzium Jerman

1 week ago 16

BAVARIA: Sekumpulan pencuri melarikan sejumlah duit syiling emas era Celtic bernilai 1.6 juta euro (RM7.6 juta) dari sebuah muzium di Jerman.

Lapor BBC, ratusan keping duit syiling emas itu dicuri dari muzium di Manching, Bavaria pada waktu tengah malam kelmarin dalam satu serbuan selama sembilan minit.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan pencuri mensabotaj sistem penggera muzium terbabit sebelum memecah masuk, selain menyaksikan kabel internet turut dipotong sehingga menyebabkan gangguan talian.

Polis ketika ini menyiasat sekiranya kumpulan pencuri itu mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian sebelum ini.

Para petugas muzium tersebut menemukan serpihan kaca pecah di atas lantai dan mendapati duit syiling berkenaan hilang pada keesokan harinya.

Ketua Koleksi di Pengumpulan Arkeologi Negara Jerman, Rupert Gebhard berkata, kehilangan itu amat menyedihkan, seperti kehilangan ‘rakan lama’.

Selain itu, bekas simpanan kedua yang meletakkan sejumlah duit syiling lama turut dipecahkan dan dicuri kumpulan penjenayah tersebut.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan penjenayah yang terlibat dalam kes tersebut terlibat dalam beberapa kes sebelum ini.

Pada 2017, sejumlah duit syiling emas seberat 100 kilogram dicuri dari muzium di Berlin.

Dua tahun kemudian, kumpulan pencuri melarikan 21 akseksori dan barangan bernilai lain dalam satu kejadian di Muzium Dresden Green Vault.

The post Pencuri larikan syiling emas bernilai RM7.6 juta dari muzium Jerman appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article