Penampilan Di KLFW Didakwa Daring, Elvina Mohamad; “Minta Maaf Sekiranya Pemakaian Saya Buat Anda Tidak Selesa.”

3 months ago 249

elakon Datin Elvina Mohamed tampil membuat permohonan maaf selepas penampilannya yang dikatakan agak seksi dan keterlaluan ketika memeriahkan acara Kuala Lumpur Fashion Fashion Week (KLFW) yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad, 27, dia sekadar menggayakan gaun pendek berona ‘off white’ itu sebagai tanda sokongan terhadap koleksi terbaharu rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam.

“Salah saya sendiri, tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

“Tak adalah saya pakai baju macam itu hari-hari. Saya gayakannya ketika hadir memberi sokongan kepada Alia Bastamam.

“Alia juga minta saya gayakan baju itu yang mana koleksi terbaharu itu akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun baju itu hanya untuk acara tersebut,” katanya.

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga tidak menafikan berkemungkinan pengikut di laman media sosial miliknya tidak dapat menerima imej ‘daring’ tersebut berikutan dia sering tampil dengan watak wanita lemah lembut di kaca televisyen.

“Saya rasa mungkin itu juga menjadi punca. Selama ini saya sering bawa watak lemah lembut dalam drama. Mungkin disebabkan itu, mereka terkejut nampak saya pakai begitu.

“Sekali lagi saya tekankan, saya cuma menyokong Alia Bastamam untuk koleksi busana terbaharunya… itu sahaja,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Elvina Mohamad

The post Penampilan Di KLFW Didakwa Daring, Elvina Mohamad; “Minta Maaf Sekiranya Pemakaian Saya Buat Anda Tidak Selesa.” appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article