‘Pasantren ASEAN’ julang pendidikan dakwah

1 month ago 89

”PENDIDIKAN dapat mengubah kehidupan. Dengan pendidikanlah anak-anak kita mampu menamatkan warisan kemiskinan keluarga. Itulah harta yang berharga.”

Saya sangat teruja berada dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) kali ke-18 pagi ini. IKMAS yang dulu dikenali dengan nama Pesantren ASEAN merupakan salah satu institut pendidikan di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM hampir 22 tahun operasinya.

Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kerana sudi hadir memenuhi undangan ke Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS pada kali ini. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 187 orang pelajar yang diraikan telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat Diploma dalam Dakwah Islamiyah. 

Buat para graduan, usah lupa di sebalik kejayaan kamu, di sana ada doa dan pengorbanan ibu bapa. Walau setinggi mana puncak kejayaan kita, wajib kita balas jasa mereka sedaya mampu kita selain mendoakan kesejahteraan buat mereka. Tidak dilupakan peranan para pensyarah yang berkorban semata-mata ingin melihat kita berjaya membina kehidupan. 

Saya berpesan kepada semua graduan agar tidak tinggal solat dan mesti membaca al-Quran. Perjalanan hidup baru bermula. Setiap graduan mesti berkeinginan menyambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi. Suatu masa nanti bakal berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat khususnya di bumi Sarawak yang sangat subur dengan dakwah dan keharmonian. 

Siiru ‘ala barakatillah.

YB SENATOR DATO’ USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 9/8/2022

The post ‘Pasantren ASEAN’ julang pendidikan dakwah appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article