[PARLIMEN] AUKUS: Kita tidak mahu terperangkap dengan perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar

1 year ago 155

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui beliau telah menyatakan kegusaran kerajaan kepada Australia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) berhubung kerjasama AUKUS antara ketiga-tiga negara itu.

Beliau berkata, kerjasama itu dikhuatiri menimbulkan reaksi negatif oleh pihak-pihak tertentu sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan antara kuasa-kuasa besar dunia.

“Kita telah menyatakan segala kegusaran kepada pihak Australia dan saya telah menyebut perkara ini kepada ketiga-tiga duta iaitu Duta Australia, Duta AS dan Duta UK beberapa hari lepas. Perdana Menteri pun sudah mengeluarkan kenyataan tegas tentang kerisauan kita. Ini kerana, ia boleh menimbulkan kesan lain juga misalnya apabila melibatkan dua kuasa besar.

“Di satu pihak, dia boleh menggamit kehadiran reaksi hampir setimpal dengan kuasa besar lain, kita nak kawasan Asia Tenggara yang kita pegang iaitu Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) ialah perjanjian bebas nuklear.

“Kita tak mahu terperangkap dalam perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar, kita mahu semua orang datang dan lalu perairan kita untuk perdagangan dan perniagaan secara aman,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post [PARLIMEN] AUKUS: Kita tidak mahu terperangkap dengan perlumbaan senjata kuasa-kuasa besar appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article