Osman Bukari tiru gaya ‘Siuu’ Ronaldo

1 week ago 15

DOHA: Cristiano Ronaldo kelihatan berang selepas melihat pemain Ghana, Osman Bukari meniru sambutan ‘Siuu’ selepas menjaringkan gol ketika menentang Portugal.

Pada perlawanan tersebut, Ronaldo mencipta sejarah menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia berbeza selepas meledak gol di Piala Dunia Qatar 2022 menerusi sepakan penalti bagi membantu Portugal menang 3-2 ke atas Ghana.

Selepas menyempurnakan sepakan penalti, Ronaldo berlari ke sudut padang dan melompat untuk meraikan jaringan dengan sambutan ‘Siuu’ dan penyokong turut berteriak menyambutnya.

Bagaimanapun, selepas dikeluarkan dan berada di bangku simpanan, dia menyaksikan Bukari yang juga merupakan pemain Red Star Belgrade berjaya merapatkan kedudukan menjadi 3-2.

BUKARI dilihat turut mengayakan sambutan ‘Siuu’ ketika meraikan golnya ketika menentang Portugal.

Selepas menjaringkan gol, Bukari dilihat berlari ke garisan tepi padang dan meraikan gol jaringannya dengan melakukan ‘Siuu’ sehingga mengundang reaksi kurangs enang Ronaldo.

Kamera segera menyorot ke Ronaldo dan dia kelihatan marah walaupun Portugal mendahului 3-2.- AGENSI

 

The post Osman Bukari tiru gaya ‘Siuu’ Ronaldo appeared first on Utusan Malaysia.

Read Entire Article