
PETALING JAYA: Polis menyiasat anggotanya yang dipercayai cuai dalam kes orang kena tahan (OKT) yang cuba melarikan diri di hadapan Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih dekat sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata, pihaknya perlu melakukan siasatan lanjut sebelum mengambil sebarang tindakan.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.
“Kita kena siasat sebelum mengambil tindakan tatatertib,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Selasa lalu, media melaporkan seorang OKT cuba melarikan diri ketika menaiki lori polis dekat klinik berkenaan selepas melakukan ujian saringan Covid-19.
Malah, perbuatan lelaki yang ditahan atas kes samun itu turut dirakam ‘dashcam’ sebuah kenderaan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, cubaan berkenaan gagal apabila OKT ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE
The post OKT lari: Anggota polis dipercayai cuai disiasat appeared first on Utusan Digital.