Netizen Ini ‘Kantoi’ Tonton Drama Di Telegram, Respon Amerul Affendi Memang ‘Win’!

2 months ago 46

Umum mengetahui drama jenayah thriller One Cent Thief, terbitan Astro Shaw dan Independent Pictures menjadi perhatian ramai disebabkan kualitinya yang setanding dengan taraf antarabangsa.

‘Kantoi’ Tonton Drama Di Telegram

Seharusnya drama ini ditonton di saluran berbayar iaitu Astro . Walaubagaimanapun, seorang netizen ini telah ‘kantoi’ menonton drama tersebut yang dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab di Telegram.

“Alaa dekat Telegram da tak boleh tengok One Cent Thief! Dah la last episode pulak tu..Stress mak!”-Ciapan seorang netizen

Amerul Beri Respon!

Ciapan netizen itu turut mendapat respon dari salah seorang pelakon drama One Cent Thief, iaitu Amerul Affendi yang turut memberikan teguran untuk menontonnya di saluran yang sah.

“Kakak, kalau mahu drama berkualiti begini terus dihasilkan tontonlah di saluran yang sah.”-Komen Amerul

Sekadar info, drama One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing De, dan PRIMEtime.

The post Netizen Ini ‘Kantoi’ Tonton Drama Di Telegram, Respon Amerul Affendi Memang ‘Win’! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article