“Nanad Semakin Stabil” – Shahrulezad Kongsi Perkembangan Terkini Nad Zainal

2 months ago 70

Industri hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita pelakon berbakat besar, Nad Zainal yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan disebabkan jangkitan kuman di paru-parunya.

“Alhamdulillah Nanad Semakin Stabil Pagi Ni”

Terkini, pengarah yang juga mengarahkan drama terbaru Cina Buta lakonan Nad Zainal, iaitu Shahrulezad Mohameddin berkongsi perkembangan terkini Nad yang semakin positif.

“Update Nad pagi ni semakin positif. Oxygen level dia dah naik balik ke 100. Pendarahan dalam paru-paru dia dah berhenti.

Semalam adalah situasi yang cukup mencemaskan buat kami semua rakan-rakan Nanad. Cukup kritikal.

Tapi ternyata berkat doa semua alhamdulillah Nanad semakin stabil pagi ni.”-Kongsi Shahrulezad

Titip Ucapan Terima Kasih Yang Mendoakan Nad Zainal

Tambahnya lagi, dia turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan kesembuhan untuk Nad Zainal, termasuklah para netizen, peminat, serta media yang tidak henti mendoakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Abam juga seikhlas hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang terhingga pada semua netizen, peminat Nanad, press yang tak putus-putus mendoakan Nanad. Abam kembalikan doa yang sama untuk kalian juga. Budi baik kalian hanya Allah yang mampu balas.”-Tulis Shahrulezad

Kami di Murai MY turut mendoakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan dengan cepat…

The post “Nanad Semakin Stabil” – Shahrulezad Kongsi Perkembangan Terkini Nad Zainal appeared first on Murai MY.

Read Entire Article