Nama Dikaitkan Dengan Video Lelaki Pukul Isteri, Amelina Tulis Kapsyen ‘Tersirat’ Di Instagram?

2 months ago 72

Sangat kejam! itu yang boleh kami katakan setelah melihat video seorang lelaki tidak berbaju memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya sehingga mangsa kelihatan tidak berdaya. MURAI MY pun tak sanggup nak tengok, lagi-lagi melihat anak yang sedang menangis melihat ibunya di pukul.

Bekas suami penyanyi dangdut?

Apa yang mengejutkan, perakam video itu menulis pada kapsyen bahawa lelaki yang memukul isterinya itu adalah bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut terkenal, Amelina. Hasil pencarian kami di google, bekas suami Amelina bernama Reduan Mahmood.

Sehingga kini tidak dipastikan sama ada benar atau salah lelaki dalam video itu merupakan bekas suami Amelina.  Biar sahaja pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Perakam juga mendedahkan, lelaki itu telah membelasah isteri barunya dan perakam memaklumkan dia mengambil video tersebut secara sembunyi-sembunyi. Seorang wanita yang hanya melihat kejadian tersebut juga sebenarnya turut menjadi mangsa dera.

Amelina Tidak Mengesahkan Apa-apa Tentanf Berita Tular Ini

Sementara itu, hasil tinjauan kami di Instagram peribadi Amelina, tidak ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan mengaitkan video tular ini.

Namun Amelina memuatnaik sebuah video dia bernyanyi sambil mengajak peminatnya menemuinya di Bawong, Sungai Siput Perak sempena Fiesta Moi Num Moi.

Tapi dalam kapsyennya, Amelina dilihat menulis sepotong ayat yang mempunyai makna yang tersirat.

“Biar ALLAH yang “berbicara” bagi pihak diri kita. Serahkan kehidupan, redha dan yakin Allah akan sentiasa bersama orang yang DIA sayang. Kerana DIA adalah sebaik-baik “HAKIM” dan “LAWYER” kita di dunia & akhirat.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Jangan lupa temui kaklong di Bawong, Sungai Siput, Perak. Jam 9 mlm ini sempena FIESTA MOI NUM MOI.”

Apa-apa pun, MURAI berharap anda tidak membuat sebarang spekulasikerana bimbang ia akan jatuh fitnah. Kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat video tular ini.

The post Nama Dikaitkan Dengan Video Lelaki Pukul Isteri, Amelina Tulis Kapsyen ‘Tersirat’ Di Instagram? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article