“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Macam Laki Hang,”- Suka ‘Takutkan’ Pasangan Nak Kahwin, Ini Respon Padu Eyra Hazali

1 month ago 53

Pelakon, Eyra Hazali akui kurang selesa dengan sikap segelintir pihak yang gemar bersangka buruk dan menakut-nakutkan pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, memberi gambaran seolah-oleh perkahwinan itu sebagai satu perkara yang menakutkan sememangnya agak keterlaluan.

“Kahwin dulu. Sebelum dan selepas kahwin lain, jgn puji melambung”. Rasanya tak perlu dah kan comment macam ni? Kenapa nak influence orang yang marriage ni scary? Its not their fault that your marriage didnt work. Doa je la baik2 ? Manusia pun lain2,bukan semua macam laki hang.🤦🏻‍♀️

— EH (@EyraHazali21) December 1, 2022

“‘Kahwin dulu. Sebelum dan selepas kahwin lain, jangan puji melambung’. Rasanya tak perlu dah kan comment macam ni?,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nazli itu menerusi satu ciapan di Twitter.

Jelas Eyra lagi, kita juga tidak boleh menganggap setiap manusia itu mempunyai sifat yang sama lebih-lebih
dalam soal berumah tangga.

“Kenapa nak influence orang yang marriage ni scary? Its not their fault that your marriage didnt work.

“Doa je la baik-baik ? Manusia pun lain-lain. Bukan semua macam laki hang,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar sifat seperti ini dapat dihentikan di dalam kalangan masyarakat kita.

“Yes. Sama la macam fasa bertunang. Semua orang cakap benda yang buruk buruk je. Masa tunang ni ex datang la, partner curang la. Janganlah tanam mentaliti macam tu dekat orang orang muda macam I. Jangan takutkan orang.

“Setuju. Hang yang dapat laki entah apa-apa nak pukul rata semua perkahwinan sama. Wujud je pasangan yang sangat bertanggungjawab dan baik dari awal kahwin sampai berpuluh tahun usia perkahwinan.

“Setuju. Doa yang baik-baik atas tiap-tiap perkara yang baik-baik. Jangan bagi moral down sama orang lain.

“Hakikatnya ramai bahagia kahwin tapi benda happy-happy mana nak viralkan,” antara komen-komen netizen di Twitter.

Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019

Hhasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Hayder Qalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Eyra Hazali

The post “Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Macam Laki Hang,”- Suka ‘Takutkan’ Pasangan Nak Kahwin, Ini Respon Padu Eyra Hazali appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article