“Macam Adik-Beradik” – Foto Puteri Balqis & Ibunya Cetus Rasa Kagum Peminat!

2 months ago 48

Nama pelakon muda, Puteri Balqis mencuri perhatian peminat selepas berkongsi foto bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis memuatnaik beberapa foto bersama ibunya serta mengatakan bahawa mereka pernah ‘hancur’ dalam pelbagai cara. Namun, mereka kembali bersatu secara perlahan-lahan.

“We’re broken in so many ways, but I piece us back together slowly.”-Kapsyen Balqis di Instagram

“Macam Adik Beradik..”

Hantaran Puteri Balqis turut dibanjiri dengan komen netizen yang rasa kagum dengan hubungan kekeluargaan Puteri Balqis bersama ibunya, malah ramai yang teruja dengan ibunya yang tetap anggun dan kelihatan seperti adik beradik dengan Puteri Balqis.

“Mak dia nampak macam kakak dia comel je.”

“Betul-betul copy paste mak dia 😍.”

“Itu Mommy ke kakak. Your mother look young. So beautiful.”

“Happy cara kita kan. Aqish, nampak happy sangat awak semua Alhamdulillah.”

“Macam adik beradik. All the best kamu berdua.”

“Family is always important, Aqish.”

Sekadar info, ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz sebelum ini pernah mendakwa bekas suaminya, Azizi Aziz mempunyai banyak kesalahan jenayah, termasuklah memaksanya tidur di dalam bilik yang dipenuhi dengan lelaki yang sedang berkhayal disebabkan dadah dan ada yang sedang melakukan onani.

The post “Macam Adik-Beradik” – Foto Puteri Balqis & Ibunya Cetus Rasa Kagum Peminat! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article