M Nasir, Awei, Ella & Mulan Jameela Antara Bakal Buat Persembahan, Fazura Anjur Konsert; Faztival Fazura 2022!

1 month ago 93

Selebriti dan usahawan, Nur Fazura bakal menganjurkan konsert Faztival Fazura 2022 pada 11 September depan yang akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan dan dari Indonesia, khas buat peminat.

Meluahkan rasa syukur kerana dapat menghimpunkan ramai nama besar untuk konsert berkenaan, Fazura turut berbesar hati kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat dikagumi.

“Alhamdullillah saya bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang gemilang,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media ‘FAZTIVAL FAZURA 2022’ di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, konsert berkenaan bakal membariskan penyanyi popular lokal seperti Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

 

Ia turut disertai Ahmad Band dari Indonesia yang diketuai legenda muzik Indonesia, Ahmad Dhani bersama isterinya, Mulan Jameela.

“Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu dimiliki, kerana #miliksemua sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura.

“Selain dari persembahan hebat dari para artis yang saya kagumi ini, beberapa kejutan istimewa juga bakal kami tampilkan semasa konsert ini kelak, Inshaa-Allah.

“Saya berharap agar penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, Inshaa-Allah,” katanya lagi.

Fazura pada masa sama menambah, konsert anjurannya itu juga adalah bagi meraikan peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjayanya dan juga rangkaian produk yang diasaskannya.

Konsert Faztival Fazura 2022 ini diuruskan oleh Icon Entertainment dan tiket bakal dijual pada 19 Ogos 2022 dengan harga yang bermula dari RM147.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

The post M Nasir, Awei, Ella & Mulan Jameela Antara Bakal Buat Persembahan, Fazura Anjur Konsert; Faztival Fazura 2022! appeared first on Media Hiburan.

Read Entire Article