Lelaki positif Covid-19 sebelum sertai protes  

1 year ago 149

MELBOURNE: Seorang lelaki yang dijangkiti Covid-19 rupa-rupanya menyertai protes yang diadakan di sini minggu ini dan sekarang ditahan di hospital.

Lapor Daily Mail, sumber Jabatan Kesihatan memberitahu, pesakit itu merupakan peserta demonstrasi yang berada di bangunan Shrine of Remembrance, Victoria.

Sistem kesihatan negeri kini dilanda situasi panik dengan kebimbangan akan berlaku lebih banyak kes baharu, selepas ratusan penduduk menghadiri protes semalam.

Perkembangan yang membimbangkan berlaku ketika Victoria mencatatkan jumlah kes harian tertinggi sejak wabak bermula, dengan 766 jangkitan Covid-19 baharu serta empat kes kematian.

Hari ini juga Melbourne mencipta rekod dunia apabila arahan supaya kekal berada di rumah sudah memasuki hari yang ke-235.

Bandar itu dikenakan perintah berkurung sebanyak enam kali dengan merekodkan jumlah 900 kematian.

Victoria berusaha memvaksinkan penduduknya dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 45.2 peratus kadar vaksinasi, semalam.

The post Lelaki positif Covid-19 sebelum sertai protes   appeared first on Utusan Digital.

Read Entire Article