Krisis Indomie Indonesia: Konflik Ukraine Menjejaskan Perolehan Bahan Mentah

6 months ago 157

Indomie Semakin ‘Lenyap’ Di Rak Jualan, Penggemar Resah

Sejak minggu lepas, kedai-kedai utama dan pekerja pusat beli belah mula menerima banyak soalan gelisah daripada pembeli. Ini berikutan ketiadaan stok Indomie di atas rak  jualan mereka. Indomie yang merupakan jenama dan pengeluar mi segera utama Indonesia itu mula menerima kesan daripada konflik Ukraine-Russia yang sedang berlangsung sekarang.

Indomie boleh dikatakan pelopor kepada industri mi segera di negara garuda itu. Pada tahun 2020 sahaja, Indomie telah mengimport 3 juta tan gandum dan tepung meslin daripada Ukraine. Dua bahan tersebut merupakan bahan utama dalam pembuatan mi segera. Faktor geologi yang jauh dan juga konflik semasa yang membataskan pergerakan dan perdagangan di antara kedua negara menjadi faktor penyebab kepada krisis mi segera tersebut.

Pembungkusan yang menarik berwarna-warni dengan perasa yang pelbagai menjadi faktor kekuatan jenama tersebut di hati para penggemarnya. Indomie mempunyai rasa dan resipi yang unik dan kuat, menjadi halwa bagi lidah para penggemarnya. Sekiranya lama tidak memakan mi segera Indomie itu, pastinya mulut terasa rindu dengan pelbagai rasa dan perisanya.

Berdasarkan tinjauan beberapa wartawan dan akhbar asing di Indonesia bagaimanapun mendapati pengguna dan penggemar Indomie masih bertenang dan tidak menunjukkan perasaan marah kepada krisis Indomie ini. Mereka sebaliknya memilih untuk membeli mi segera lain untuk dimasak di samping mencampurkan dengan bahan lain seperti bebola ikan dan daging segar bagi meningkatkan rasa mi segera mereka.

Russia dan Ukraine adalah negara pengeksport gandum utama di dunia. Krisis dan konflik di antara kedua negara tersebut telah mengakibatkan gangguan sumber bahan mentah di negara-negara dunia. Tidak dapat dinafikan, walaupun negara lain enggan campur tangan di dalam konflik ini, kesannya akan menjejaskan kesemua negara kelak.

Di Malaysia, kesan kekurangan bahan mentah ini masih belum dirasai. Namun harus diingat, Ramadhan dan Aidilfitri hanya di penghujung simpang. Penggunaan gandum dan bahan makanan pastinya akan meningkat berkali-kali ganda.

Mi segera, walaupun tidak ditarafkan sebagai makanan ruji negara, masih menjadi makanan pilihan utama terutamanya bagi golongan pelajar, bujang dan mereka yang berpendapatan rendah. Pendek kata, ia juga merupakan salah satu makakan ruji bagi golongan B40.

Keselematan makanan adalah isu yang serius dan tiada langkah-langkah ketara daripada kerajaan untuk menyelasaikan isu yang kian meruncing ini. Sampai bila kita mahu bergantung dengan import? Siapa yang sedang melaba untung dengan kaedah yang membahayakan keselamatan makanan kita ini?

Read Entire Article