Korporat berpayung bawah JAKIM gerakkan dakwah

4 months ago 126

BAK kata pepatah Melayu, ‘Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.’

Hubungan yang sangat akrab, yang tidak dapat dipisahkan. 

Walaupun dengan kesibukan masing-masing, dengan Izin-Nya, petang ini dapat bersama dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat korporat yang menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi hal ehwal Islam. 

Kerja dakwah bila dibuat secara kolektif, hasilnya lebih baik. Itulah yang sering saya ulang dan ulang. 

28 buah GLC termasuk syarikat korporat telah berpayung di bawah Sektor Dakwah Korporat JAKIM. Kita gerakkan program dakwah secara bersama antaranya pengukuhan modal insan di kalangan warga sektor korporat juga program Musa’adah CSR turun padang membantu asnaf. 

Alhamdulillah, diharapkan hubungan erat ini kekal utuh selamanya. Makin kerap bertemu, makin bertambah mesra sesama kita.

Agensi Islam sentiasa menghulurkan tangan untuk bersama lebih ramai sahabat demi memartabatkan Islam dan kebaikan ummah seluruhnya.

Amat bermakna liqa’ mahabbah petang ini. Semoga Allah memberkati segala daya usaha yang kita.

 وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

[At-Taubah: 71]

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 23/5/2022

The post Korporat berpayung bawah JAKIM gerakkan dakwah appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article