Konsep modal insan Rabbani dalam pembinaan mukmin

3 months ago 113

“MODAL insan rabbani yang dibina dengan akidah yang kukuh, kepatuhan kepada syariat, berakhlak dengan akhlak Islam adalah golongan terbaik….”

Alhamdulillah, saya dapat merasmikan Program ILIM Executive Talk Edisi Khas: Modal Insan Rabbani Teras Keluarga Malaysia dan melancarkan Program Pembudayaan Gaya Hidup Sihat melalui penganjuran Sukan Keluarga ILIM (SUKIM) tahun 2022.

Konsep modal insan Rabbani boleh dilihat daripada sirah kehidupan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat. Selama 13 tahun di Makkah Baginda berjuang bagi menyediakan asas akidah yang kukuh dan peribadi para Sahabat.

Modal insan rabbani turut mengambil berat dalam membina ketahanan jasmani seperti sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W:

الْمُؤْمِنُ الْقَوِىُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah”.

Justeru, satu inisiatif yang amat baik melalui pelaksanaan pembudayaan gaya hidup sihat melalui Sukan Keluarga ILIM (SUKIM) yang dilancarkan pada hari ini. Program seumpama ini sangat bersesuaian bagi menimbulkan kesedaran dan membudayakan semangat kesukanan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Semoga program pada hari ini dapat mencapai objektif yang digariskan. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ILIM dan penceramah undangan atas kejayaan penganjuran program.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 6/10/2022

The post Konsep modal insan Rabbani dalam pembinaan mukmin appeared first on HarakahDaily.

Read Entire Article