Konflik dengan AS-Korea Selatan: Korea Utara ugut guna nuklear

2 months ago 46
Kim Jong Un melabelkan kedua-dua Amerika Syarikat dan Korea Utara sebagai 'bersikap samseng' susulan latihan ketenteraan bersama AS-Korea Selatan yang menyasarkan negaranya. (FOTO AP)

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah mengeluarkan memberi amaran bahawa negara itu bersedia menggunakan senjata nuklearnya dalam konflik ketenteraan yang dihadapinya dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Dalam ucapannya kepada veteran perang bersempena ulang tahun ke-69 berakhirnya Perang Korea 1950-53 pada Rabu, Kim berkata, angkatan tentera Korea Utara bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap sebarang krisis dan menggerakkan kuasa mutlaknya dengan patuh, tepat dan pantas selaras dengan misinya, lapor AP.

Namun, pemerhati mengulas bahawa walaupun Kim semakin mengancam pesaingnya dengan senjata nuklear, tidak mungkin dia akan menggunakan terlebih dahulu terhadap tentera AS dan sekutunya.

Terdahulu, Kim menuduh AS ‘menggoda’ Korea Utara untuk membenarkan dasar permusuhan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, latihan ketenteraan AS-Korea Selatan yang menyasarkan Korea Utara menunjukkan aspek ‘berat sebelah’ dan ‘seperti perangai samseng’ AS kerana negara Uncle Sam itu menjenamakan aktiviti ketenteraan rutin Korea Utara, yang secara jelas merujuk terhadap ujian peluru berpandunya  sebagai provokasi atau ancaman.

Kim juga mendakwa kerajaan baharu Korea Selatan di bawah kepimpinan  Presiden, Yoon Suk Yeol diketuai oleh  golongan yang ‘gila konfrontasi’ dan ‘samseng’  yang telah pergi  jauh tersimpang daripada kerajaan konservatif Korea Selatan sebelumnya.

Sejak memegang jawatan pada Mei, kerajaan Yoon telah melakukan langkah untuk mengukuhkan pakatan ketenteraan Seoul dengan Washington bagi meningkatkan keupayaannya untuk meneutralkan ancaman nuklear Korea Utara termasuk keupayaan serangan awal. – HARAKAHDAILY 28/7/2022

Read Entire Article